GangSedot

Wednesday 4 May 2011

Al Kisah Osama Bin Laden

salam dan salam 1 malaysia.
Dah lama tak update blognih disebabkan kesibukan kerja dan peribadi yang melampau. Petang tadi sedang membaca berita sinar dengan tajuk muka depan MISTERI KEMATIAN OSAMA.  

erm tekejut jugak aku dah dekat seminggu dah berita membanjir semua berita dan surat khabar nih ada jugak di blog2 luar negara dan di malaysia nih termasuk la blog aku nih.

Ni petikan dari berita sinar.


Foto mayat Osama palsu

WASHINGTON - Beberapa jam selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan dengan bangganya Osama Laden berjaya dibunuh, gambar pemimpin Al-Qaeda dengan muka dipenuhi darah mula tersebar di Internet.

Foto itu disiarkan oleh sebuah stesen televisyen di Pakistan, di mana Osama dibunuh dalam satu operasi pasukan khas AS yang dijalankan, awal pagi kelmarin.

Namun foto yang dikatakan dikeluarkan oleh pasukan tentera AS itu ternyata palsu.

Foto itu mungkin dihasilkan pihak mahu menjadi yang pertama dalam menyiarkan mayat Osama tetapi penipuan itu ternyata hanya mencetuskan lebih banyak spekulasi masyarakat dunia.

Dan mereka masih menunggu foto asli yang sepatutnya dikeluarkan oleh pentadbiran Obama sebagai bukti kematian Osama.

Obama saksi pembunuhan

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyaksikan secara langsung semasa pasukan khas negara itu menembak mati pemimpin Al-Qaeda, Osama Laden di rumahnya.

Obama menyaksikan bagaimana Osama ditembak di mata kirinya melalui sebuah kamera video di topi salah seorang askar AS yang terlibat dalam serangan itu.

Menurut laporan, tentera AS kemudian menembak Osama sekali lagi di dada bagi memastikan dia benar-benar terbunuh.

Pertempuran di Pakistan itu disiarkan melalui satelit ke Rumah Putih dan menunjukkan seorang wanita yang dipercayai isteri Osama turut bertindak sebagai perisai manusia bagi menyelamatkan suaminya.

Presiden Asif Ali nafi bersubahat

ABBOTTABAD - Presiden Pakistan, Asif Ali Zardafi menafikan dakwaan pasukan keselamatan negaranya bersubahat melindungi Osama Laden sebelum serangan yang dilancarkan oleh tentera Amerika Syarikat (AS) sebaliknya mereka bertindak memberikan kerjasama dengan AS semasa operasi itu.

Bagaimanapun, Asif menegaskan operasi menggempur kediaman Osama Laden tidak dilakukan bersama pasukan tentera negara tersebut.

Beliau mengeluarkan kenyataan balas itu dalam akhbar Washington Post selepas menerima banyak kritikan, yang mana ia mungkin boleh menjejaskan hubungan diplomatik negara itu dengan Washington.

“Segelintir media Barat mendakwa Pakistan tidak bersikap tegas memerangi pengganas dan menyembunyikan kegiatan mereka. Kenyataan itu adalah tidak berasas dan hanya menimbulkan spekulasi untuk menjadi bahan melariskan akhbar,” katanya.

Ha ni la yang sempat aku ambil.

Tapi selama nama OSAMA ni ada di dunia nih pelbagai cerita dan berita pasal penganas no1 nih.
 Sehingga la aku terdengar cerita yang OSAMA ini adalah sebuah boneka Amarika(waktu pemerintahan sebelum obama) terus aku malas nak ambil tahu.Sekarang berita dia mati pulak terus aku tertarik kisah dia nih.Dan sekarang aku nak kongsi bersama anda pasal obama nih.

Nih soalan dan cerita dari fikiran aku.
Betul ke Osama ni boneka amarika???

Boleh jadi jugak..amarika hidupkan koraktor dia nih agar dendam lama boleh dibalas jugak.
Apalah sangat kos bangunan tu dengan dendam keluarga nih betul x?
kalau ada dia(osama) nih boleh la aku serang mana2 negara yang aku xsuka. tayangkan video kata dia ada kat negara2 mana yang nak dijajah tu. dan katakan negara yang telibat menyokong penganas no1 tu.macam mana?

Sekarang pentabiran amarika dah berubah tangan. iaitu OBAMA, dan diapun tidak ingin mengunakan khimat Osama nih dan ekonomi amarikapun dah teruk. Sekarang macam mana aku nak tutup nama Osama yang pernah berkhimat nih? Siarkan berita Osama bin laden dah mati ditembak dan mayat dia di tanamkan di laut.

Nih persoalan dalam fikiran aku. 
1.  PENGANAS NO1 DUNIA! ditanamkan di laut??? kenapa x bawak ke amarika tanamkan disana di tapak bangunan yang dia robohkan...takut orang tetentu buat hal kat kubur dia? kalau la ditanam dekat bangunan tu xkan xda security ke kat bangunan tu? tidak ada pulak orang nak buat hal dekat muzium purbapun?? sebabnya memang xda mayat dia dan dia masih hidup menjadi dirinya yang sebenar. dan nama Obama bin laden nih nama pelakon je.

2.Dan berita umat islam marah ni mungkin x terfikir oleh amarika. Tapi pada umat2 islam nih boleh pecaya 100% ke yang Obama nih pejuang islam???....   


 Tuh pendapat aku yang cetik nih...Bagaimana anda??.

No comments:

Ruangan iklan