GangSedot

Friday 29 April 2011

Tahun depan ada lagi ke?

Aduh....dalam duk klick usha2 kat youtube, ingat nak cari la episode naruto shippuden last2 terkeluarla video lain plak...Huh hebat dan hot betul video nih?. mengalahkan video lucah walaupun video nih memang berbaur lucah sebelumnya...Erm korang tahu ke ape yang aku maksutkan nih?..Lain xlain la al-kisah Anuar la ape lagi.
Tapi yang terbaru nih bangkit balik kisah Sumpah laknat nih...Tak abis abis. Hebat anuar nih kan pasal dia dua sumpah laknat telah dibuat...

Petikan dari Berita Online

ESKAY (tengah) bersama Rahim (kiri) dan Shuib pada sidang media mengenai isu vedio seks Anwar di Hotel Impiana, Kuala Lumpur, semalam.
ESKAY (tengah) bersama Rahim (kiri) dan Shuib pada sidang media mengenai isu vedio seks Anwar di Hotel Impiana, Kuala Lumpur, semalam.
Ahli perniagaan turut akui beliau sendiri berada di lokasi kejadian, dipapar dalam video


  • Kenyataan rasmi trio 'Datuk T' yang dibacakan Datuk Shazryl Eskay Abdullah pada sidang media semalam

  • Ketua pembangkang enggan sumpah laknat
    KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, semalam mengajak Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertainya melafazkan sumpah laknat di di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, di sini hari ini jika benar Ketua Pembangkang itu bukan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita warga asing seperti dalam rakaman video yang didedahkannya baru-baru ini.

    Shazryl Eskay yang mendakwa sudah lama mengenali Anwar berkata, beliau berani berbuat demikian kerana beliau sendiri berada di lokasi kejadian dan dipaparkan dalam rakaman video itu.

    “Saya berani bersumpah bahawa pelaku tersebut adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana saya sendiri berada di lokasi itu dan dalam paparan video berkenaan,” katanya ketika membacakan kenyataan bertulis kepada wakil media di sebuah hotel, di sini semalam.

    Bagaimanapun, Shazryl Eskay berkata hanya beliau yang akan melafazkan sumpah, manakala dua lagi rakannya dalam kumpulan Trio Datuk T, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim hanya akan berbuat demikian jika ada keperluan.
    “Kami bertiga akan hadir di masjid. Kami akan sembahyang (Jumaat) di sana dan berharap Datuk Seri Anwar akan datang. Saya jemput dia untuk sumpah laknat dengan saya. Saya akan tunggu beliau,” katanya.

    Ditanya tanggapan beliau jika Anwar tidak hadir ke masjid hari ini, Shazryl Eskay berkata: “Biar rakyat yang menilai.”

    Beliau juga berkata, keputusan untuk sumpah laknat itu adalah bagi menyahut cabaran pelbagai pihak yang mahu beliau berbuat demikian selepas timbul pelbagai spekulasi berikutan pendedahan video berkenaan.

    “Tetapi saya tidak akan lakukannya tanpa kehadiran ulama. Biar ulama yang putuskan apa yang perlu saya lakukan. Jika semua pihak menegaskan saya patut buat (sumpah laknat), maka saya akan buat... terpulang pada ulama esok. Kalau ulama kata buat solat hajat, maka kita buat solat hajat,” katanya.

    Pada sidang media kemudian, beliau menafikan Trio Datuk T terbabit mendedahkan serta menyebarkan bahagian pertama dan kedua klip video berkenaan yang dimuat naik di laman Youtube, sebelum disebarkan oleh beberapa blog, masing-masing pada 4 April dan kelmarin.

    Katanya, mereka bertiga tidak tahu menahu bagaimana ia tersebar kerana rakaman asal klip sudah diserahkan kepada polis.

    “Saya tidak tahu bagaimana keluar (di Youtube). Saya tiada kena mengena. Sebenarnya hari ini (semalam) saya cuma mahu menjawab dua soalan saja (berkaitan penyerahan sampel DNA dan hasrat melafazkan sumpah laknat), yang lain saya akan jawab esok (hari ini).

    “Terserah kepada polis membuat siasatan siapa yang muat naik video itu. Saya percaya polis akan kenal pasti mereka,” katanya sambil menafikan mereka mempunyai salinan asal rakaman video berkenaan kerana ia sudah diserahkan kepada polis.

    Mengenai penyerahan sampel DNA di kelmarin, Shazryl Eskay berkata beliau memberikan sampel air liurnya bagi membantu siasatan, tetapi enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu mengganggu siasatan.

    Ditanya sama ada lokasi rakaman itu di sebuah kondominium di ibu negara, beliau berkata: “Siasatan belum selesai... malah jam 2.30 petang ini (semalam) ada lagi siasatan (Anwar dipanggil beri keterangan).”

    Mengulas lanjut, Shazryl Eskay berkata, beliau bersama Rahim dan Shuib merancang mengadakan beberapa lagi sidang media berhubung isu itu sebelum mereka bertiga didakwa di mahkamah.

    Ditanya bagaimana mereka tahu akan didakwa, beliau berkata: “Ia hanya andaian kerana polis sebelum ini ada menyebut mereka bertiga mungkin didakwa atas kesalahan menyebar bahan lucah. Lagipun, kes ini sudah lama... jadi kami membuat andaian mungkin dalam minggu depan atau dua minggu lagi kami akan didakwa di mahkamah.”



  • No comments:

    Ruangan iklan