Pengajaran Daripada Peristiwa Kewafatan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam telah meninggalkan kita lebih dari 1400 tahun yang lalu dengan ajaran yang telah lengkap sempurna dan diredhai oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Walaupun baginda sudah tiada, namun segala ajaran baginda masih tetap segar dan terus-menerus diamalkan oleh umat Islam diseluruh pelusuk dunia sehinggalah akan datangnya hari kiamat yang merupakan hari yang paling menggerunkan buat mengakhiri kehidupan di alam dunia ini.
Namun ada segelintir daripada kalangan umat Islam yang tidak mengambil pengajaran daripada peristiwa kewafatan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Mereka menganggap ada daripada ajaran Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam yang masih belum sempurna, sehinggalah mereka beranggapan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bangkit dari kuburnya (secara yaqzah) menemui pemimpin mereka mengajarkan amalan-amalan tertentu dan bahkan kononnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam mengajarkan mereka tarekat yang sempurna yang sesuai untuk semua umat Islam bahkan dikatakan sebagai pemansuhan kepada tarekat-tarekat yang ada di dunia hari ini. Padahal semua dakwaan itu adalah kosong daripada dalil dan hujah.
Daripada Al-Irbath bin Sariyah Radiallahu ‘anhu berkata: "Rasulullah Shaallallahu ‘Alaihi Wasallam memberikan nasihat kepada kami yang membuat hati kami bergetar dan berlinangan air mata. Kami berkata: "Wahai Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat perpisahan, maka berikanlah wasiat kepada kami. Maka baginda pun bersabda: "Aku berwasiat kepada kamu supaya kamu bertaqwa kepada Allah dan sentiasa mendengar dan taat walaupun orang yang memimpin kamu adalah hamba sahaya. Sesiapa dikalangan kamu yang panjang umurnya, nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka berpegang teguhlah kamu kepada sunnahku dan sunnah khulafa' al-Rasyidin yang diberi petunjuk setelahku. Gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham kamu. Dan jauhilah perkara-perkara baru yang diada-adakan (dalam urusan agama). Kerana sesungguhnya setiap perkara yang baru itu adalah bid'ah dan semua bid'ah itu adalah sesat." (Hadis riwayat At-Tirmizi, no: 2815, Abu Daud, no: 3607, Ibn Majah, no: 42, Ahmad 4/126 dan lain-lain)
Dan sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam yang lainnya pula berbunyi: Daripada Jabir bin Abdullah Radiallahu‘anhu bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam khutbahnya, bersabda: "Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Kitabullah, dan sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Dan seburuk-buruk perkara ialah perkara yang diada-adakan dan setiap bid'ah adalah sesat." (Hadis riwayat Muslim, no: 2002, An-Nasai, no: 1577, Abu Daud, no: 4607 dan lain-lain)
Ibn Rajab Rahimahullah ketika mengulas sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam "Semua bid'ah adalah sesat." Dia berkata: "Hadis ini di antara perkataan yang menyeluruh. Tidak ada suatu pun yang terkeluar daripadanya. Dan ia adalah usul yang agung yang merupakan usul agama." (Jami' Al-'Ulum wal Hikam, jilid 2, ms. 128)
Ibn Hajar Al-'Asqalani Rahimahullah pula berkata tentang hadis ini: "Kaedah syar'iyyah yang menyeluruh (terkandung dalam hadis ini). Adapun lafaznya, seolah-olah dikatakan: "Hukum ini adalah bid'ah dan semua bid'ah adalah sesat. Maka bid'ah itu tidak termasuk dari perkara syari'at kerana semua syari'at adalah petunjuk. Apabila telah tetap hukum yang disebut itu adalah bid'ah, maka berlakulah "Semua bid'ah adalah sesat" baik secara lafaz ataupun makna dan inilah yang dimaksudkan." (Fathul Baari, jilid 13, ms. 267)
Abdullah bin Mas'ud Radiallahu‘anhuma berkata: "Ikutilah oleh kamu akan perintah agama dan janganlah kamu mengada-adakan dalam urusan agama. Sesungguhnya kamu telah dicukupkan oleh agama ini. Dan semua bid'ah adalah sesat." (Syarah I'tiqad Ahli Sunnah wal Jamaah, Al-Lalika-i, jilid 1, ms. 96, no: 104)
Abdullah bin Umar Radiallahu‘anhuma pula berkata: "Semua bid'ah adalah sesat, walaupun manusia menganggap bid'ah itu hasanah (baik)." (Syarah I'tiqad Ahli Sunnah wal Jamaah, 1/103 dan Al-Ibanah oleh Ibn Battah, jilid 1, ms. 339, no: 205)
Imam Malik guru kepada Imam Syafi'ie Rahimahumallah berkata: "Sesiapa yang membuat bid'ah dalam urusan agama Islam, dia menganggap bid'ah yang dilakukannya itu hasanah (baik), Maka sesungguhnya dia telah menyangka bahawa Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam telah mengkhianati Risalah, kerana sesungguhnya Allah Ta’ala telah berfirman:
"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan agamaKu bagi kamu. Dan Aku telah redha bahawasanya Islam sebagai agama kamu." (Al-Maidah: 3).
Maka sesuatu yang tidak menjadi agama pada hari tersebut, sudah tentu ia tidaklah pula menjadi agama pada hari ini." (Al-I'tisam oleh Imam Al-Syatibi, jilid 2, ms. 283)

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ دِينًا
"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan agamaKu bagi kamu. Dan Aku telah redha bahawasanya Islam sebagai agama kamu." (Al-Maidah: 3).
Maka sesuatu yang tidak menjadi agama pada hari tersebut, sudah tentu ia tidaklah pula menjadi agama pada hari ini." (Al-I'tisam oleh Imam Al-Syatibi, jilid 2, ms. 283)
Ada pula dikalangan mereka (gologngan yang sesat) mendakwa bahawa pemimpin mereka tidak dimatikan akan tetapi dighaibkan sahaja buat memenuhi janji-janji mereka kononnya bahawa daulah Islamiah buat kali keduanya nanti akan bangkin dari negeri Malaysia ini yang dibawa oleh Pemuda Al-Fatah At-Tamimi padahal terang-terang pemimpin mereka telahpun dikebumikan dihadapan mereka sendiri. Golongan ini menjadikan cerita-cerita khurafat sufi di dalam kitab-kitab mereka sebagai hujah untuk membenarkan dakwaan mereka, padahal hanyasanya hujah yang layak untuk diterima pakai hanyalah daripada Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih.
Marilah kita memperingati serta menghayati peristiwa yang berlaku pada hari kewafatan baginda Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam sebagai pengajaran buat mereka yang mengingkari akan kewafatan Nabi Muhammad, serta pengajaran buat mereka yang mengatakan kematian pemimpin-pemimpin mereka itu hanyalah penipuan, guna untuk mengkaburkan mata-mata para penentang mereka (semoga Allah membuka hati mereka untuk melihat kebenaran). Semoga kisah ini sedikit sebanyak dapat menyingkap kekarutan keyakinan mereka bahawa kononnya pemimpin mereka itu hanya dighaibkan sahaja.
Saya menukilkan cerita ini melalui kitab "Tartib wa Tahdzib Al-Bidayah wan-Nihayah" karya Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah yang disusun oleh Dr. Muhammad bin Shamil As-Sulami:
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad rahimahullah, Aisyah Radhiallahu'anha berkata: "Kebiasaaan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam apabila melalui pintu rumahku baginda pasti akan mengucapkan kata-kata yang bermanfaat buatku. Suatu hari baginda melalui rumahku namun tidak mengatakan apa-apa, kemudian baginda melalui kembali dan tidak mengatakan apa-apa juga. Begitulah berlaku sebanyak dua hingga tiga kali. Maka kukatakan kepada pembantuku, "Letaklah bantal tempat dudukku di depan pintu!" Kemudian aku mengikat kepalaku dengan kain, tidak lama kemudian baginda melalui dan berkata: "Wahai Aisyah ada apa denganmu?" Aku menjawab, "Aku rasa sakit kepala." Rasulullah berkata, "Namun kepala akulah yang lebih sakit."
Kemudian baginda pun pergi dan tidak lama kemudian ternyata baginda dibawa pulang dalam keadaan dibawa dengan kain, kemudian baginda mengirim utusan dan berkata kepada para isterinya, "Aku sedang sakit kuat dan tidak dapat lagi berkeliling ke rumah-rumah kamu maka izinkanlah aku agar dirawat di rumah Aisyah."
Maka sejak itu aku merawatnya. Padahal tidak pernah aku lakukan perkara sebegini kepada seseorang pun sebelum ini. Pada suatu ketika tatkala kepala baginda berada di atas bahuku, tiba-tiba kepalanya membengkok ke arah kepalaku. Aku mengira baginda ingin bersandar di kepalaku. Maka terkeluarlah dari mulut baginda setitik air liur sejuk yang terkena pada leherku dan membuatku menggigil. Maka aku yakin bahawa baginda pasti dalam keadaan pengsan, maka aku menutupi diri baginda dengan kain.
Tidak lama kemudian datanglah Umar memandang dan Al-Mughirah bin Syu'bah. Kedua-duanya meminta keizinan agar dapat masuk dan aku mengizinkan kedua-duanya setelah hijab telah aku turunkan. Seketika Umar memandang kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam dan berkata, "Alangkah beratnya pengsan yang dirasai oleh Rasulullah," kemudian dia berdiri. Tatkala kedua-duanya mendekati Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, Al-Mughirah berkata, "Wahai Umar sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam telah wafat." Umar menjawab, "Engkau bohong, bahkan engkau adalah orang yang cepat termakan fitnah, kerana Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan mati sehingga Allah membinasakan seluruh orang-orang munafik."
Aisyah berkata melanjutkan ceritanya: "Setelah itu Abu Bakar datang dan mengangkat hijab sambil memandang ke arah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam seraya berkata, "Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun" sesungguhnya Rasulullah telah wafat." Kemudian beliau mendekati kepala Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam dengan mulutnya lalu mengucup kening baginda lalu berkata, "Aduhai Nabi," kemudian beliau mengangkat kepalanya dan kembali mendekatkan ke arah mulutnya serta mengucup kening baginda sambil berkata, "Aduhai pilihan Allah," kemudian kembali mengangkat kepalanya dan mendekatkan ke arah mulutnya sambil berkata, "Aduhai kekasih Allah, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam telah wafat!"
Lantas keluarlah beliau menuju masjid, sementara Umar sedang berpidato dan berbicara di hadapan manusia, "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak mati hingga Allah membinasakan orang-orang munafik." Kemudian Abu Bakar mengangkat suaranya sambil memuji Allah dan membuka pembicaraan dengan membacakan ayat:
"Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka juga akan mati." (Az-Zumar: 30)
Hingga selesai, kemudian beliau membacakan ayat yang lain:
"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka dia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 144)
Setelah itu Abu Bakar berkata: "Barangsiapa yang menyembah Allah, maka Allah Maha Hidup dan tidak akan mati, dan barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka ketahuilah sesungguhnya Muhammad telah pun wafat."
Lantas Umar bertanya: "Apakah yang engkau bacakan tadi terdapat dalam Kitabullah (Al-Quran)? Aku tidak pernah merasa bahawa ayat ini termaktub dalam Kitabullah?" Umat melanjutkan: "Wahai saudara-saudara sekalian, inilah Abu Bakar dan dialah orang yang paling kita muliakan dari seluruh kaum muslimin, maka berbai'atlah dengan beliau." Maka manusia pun berbai'at kepadanya." (Lihat: Al-Fathur-Rabbani 21/223)
Diriwayatkan pula oleh Al-Hafiz Al-Baihaqi, dari Syihab, Abu Salamah memberitahukan kepadaku dari Abdurrahman bahawa Aisyah radhiallahu 'anha memberitakan kepadanya: "Abu Bakar datang dengan kudanya dari Sanuh, ketika turun, beliau masuk ke Masjid tanpa berbicara dengan sesiapa pun, kemudian dia masuk ke bilik Aisyah menuju Rasulullah yang sedang diselimuti dengan kain hibrah, maka Abu Bakar menyingkap wajah Rasulullah kemudian menciumnya dan menangis, kemudian dia berkata, "Kutebus dirimu dengan ayah dan ibuku, demi Allah tidak mungkin Allah mengumpulkan dua kematian untukmu selama-lamanya, adapun kematian yang Allah tuliskan ke atasmu kini telah engkau rasakan." (Lihat: Dala`il An-Nubuwah karya Al-Baihaqi 7/215)
Az-Zuhri berkata: Telah berkata Abu Salamah kepadaku dari Ibnu Abbas bahawa Abu Bakar keluar menuju masjid sementara Umar sibuk berpidato di hadapan manusia. Maka Abu Bakar berkata kepadanya, "Duduklah wahai Umar!" Namun Umar enggan duduk, Abu Bakar berkata sekali lagi, "Duduklah engkau wahai Umar!" Namun Umar masih lagi tetap enggan duduk. Maka Abu Bakar mulai mengucapkan tasyahhud dan akhirnya manusia meningalkan Umar dan mengalihkan perhatian mereka kepada Abu Bakar Radhiallahu'anhu.
Abu Bakar berkata: "Amma Ba'du, barangsiapa di antara kamu yang menyembah Muhammad maka sesungguhnya Muhammad sekarang telah wafat, namun barangsiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah tetap terus hidup, firman Allah:
"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)?.." (Ali Imran: 144)"
Ibnu Abbas Radhiallahu'anhu berkata: "Demi Allah, seolah-olah manusia tidak pernah mengetahui bahawa Allah pernah menurunkan ayat ini sehinggalah Abu Bakar membacanya dan akhirnya mereka semua menerima ayat tersebut dan seringkali mereka membacakannya ketika mereka ditimpa musibah." (Lihat: Sahih Al-Bukhari 8/145 dari Fathul Bari dan Dala`il An-Nubuwah 7/216)
Az-Zuhri berkata: "Telah berkata kepadaku Sa'id bin Musayyib bahawa Umar berkata: "Demi Allah aku tidak sedar sehingga aku mendengar Abu Bakar membacakan ayat tersebut, maka aku yakin bahawa itulah yang benar, tanpa sedar akupun jatuh terduduk, kakiku tidak lagi kuat menahan tubuhku, maka yakinlah aku ketika Abu Bakar membacakan ayat itu bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam telah wafat." Imam Bukhari meriwayatkan dari Yahya bin Bukair. (Lihat: Fathul Bari 8/145 dan Dala'il An-Nubuwah 7/216)
Ibnu Katsir Rahimahullah berkata: "Pada hari kewafatan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, pada pagi tersebut Abu Bakar menjadi Imam kepada kaum Muslimin dalam solat subuh. Pada waktu itu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam telah bangun dari sakitnya serta sempat menjenguk kaum Muslimin dengan menyingkap tirai pembatas rumahnya dengan masjid. Katika Rasulullah memandang kaum Muslimin yang solat bersaf-saf di belakang Abu Bakar As-Siddiq, baginda berasa senang dan tersenyum sehingga menyebabkan kaum Muslimin hampir-hampir meninggalkan solat mereka disebabkan rasa gembira melihat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam telah pulih, dan hampir-hampir Abu Bakar mundur demi melihat Rasulullah Shallallahu 'Alahi Wasallam, namun baginda memberi isyarat kepada mereka semua agar tetap di tempat masing-masing melanjutkan solat kemudian baginda pun menutup tirai rumahnya.
Itulah merupakan hari terakhir perjumpaan mereka dengan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Pada waktu tengahari hari Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam pun wafat dan ada yang mengatakan baginda wafat sebelum matahari tergelincir. Wallahua'lam."
Demikianlah kisah di atas secara ringkas yang dapat saya bawakan di sini. Fikirkanlah baik-baik! Jika Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam sendiri pun tidak mampu untuk hidup buat kali keduanya, maka apakah ada dikalangan manusia yang lebih rendah kedudukannya daripada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam yang layak untuk mendapatkan kelebihan untuk hidup buat kali keduanya? Sama-samalah kita mengambil pengajaran daripada kisah ini. Wallahua'lam

إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُمْ مَيِّتُونَ
"Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka juga akan mati." (Az-Zumar: 30)
Hingga selesai, kemudian beliau membacakan ayat yang lain:
وَمَا مُحَمَّدٌ إِلا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِنْ مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ وَمَنْ يَنْقَلِبْ عَلَى عَقِبَيْهِ فَلَنْ يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ
"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka dia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 144)
Setelah itu Abu Bakar berkata: "Barangsiapa yang menyembah Allah, maka Allah Maha Hidup dan tidak akan mati, dan barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka ketahuilah sesungguhnya Muhammad telah pun wafat."
Lantas Umar bertanya: "Apakah yang engkau bacakan tadi terdapat dalam Kitabullah (Al-Quran)? Aku tidak pernah merasa bahawa ayat ini termaktub dalam Kitabullah?" Umat melanjutkan: "Wahai saudara-saudara sekalian, inilah Abu Bakar dan dialah orang yang paling kita muliakan dari seluruh kaum muslimin, maka berbai'atlah dengan beliau." Maka manusia pun berbai'at kepadanya." (Lihat: Al-Fathur-Rabbani 21/223)
Diriwayatkan pula oleh Al-Hafiz Al-Baihaqi, dari Syihab, Abu Salamah memberitahukan kepadaku dari Abdurrahman bahawa Aisyah radhiallahu 'anha memberitakan kepadanya: "Abu Bakar datang dengan kudanya dari Sanuh, ketika turun, beliau masuk ke Masjid tanpa berbicara dengan sesiapa pun, kemudian dia masuk ke bilik Aisyah menuju Rasulullah yang sedang diselimuti dengan kain hibrah, maka Abu Bakar menyingkap wajah Rasulullah kemudian menciumnya dan menangis, kemudian dia berkata, "Kutebus dirimu dengan ayah dan ibuku, demi Allah tidak mungkin Allah mengumpulkan dua kematian untukmu selama-lamanya, adapun kematian yang Allah tuliskan ke atasmu kini telah engkau rasakan." (Lihat: Dala`il An-Nubuwah karya Al-Baihaqi 7/215)
Az-Zuhri berkata: Telah berkata Abu Salamah kepadaku dari Ibnu Abbas bahawa Abu Bakar keluar menuju masjid sementara Umar sibuk berpidato di hadapan manusia. Maka Abu Bakar berkata kepadanya, "Duduklah wahai Umar!" Namun Umar enggan duduk, Abu Bakar berkata sekali lagi, "Duduklah engkau wahai Umar!" Namun Umar masih lagi tetap enggan duduk. Maka Abu Bakar mulai mengucapkan tasyahhud dan akhirnya manusia meningalkan Umar dan mengalihkan perhatian mereka kepada Abu Bakar Radhiallahu'anhu.
Abu Bakar berkata: "Amma Ba'du, barangsiapa di antara kamu yang menyembah Muhammad maka sesungguhnya Muhammad sekarang telah wafat, namun barangsiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah tetap terus hidup, firman Allah:
وَمَا مُحَمَّدٌ إِلا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِنْ مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ
"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)?.." (Ali Imran: 144)"
Ibnu Abbas Radhiallahu'anhu berkata: "Demi Allah, seolah-olah manusia tidak pernah mengetahui bahawa Allah pernah menurunkan ayat ini sehinggalah Abu Bakar membacanya dan akhirnya mereka semua menerima ayat tersebut dan seringkali mereka membacakannya ketika mereka ditimpa musibah." (Lihat: Sahih Al-Bukhari 8/145 dari Fathul Bari dan Dala`il An-Nubuwah 7/216)
Az-Zuhri berkata: "Telah berkata kepadaku Sa'id bin Musayyib bahawa Umar berkata: "Demi Allah aku tidak sedar sehingga aku mendengar Abu Bakar membacakan ayat tersebut, maka aku yakin bahawa itulah yang benar, tanpa sedar akupun jatuh terduduk, kakiku tidak lagi kuat menahan tubuhku, maka yakinlah aku ketika Abu Bakar membacakan ayat itu bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam telah wafat." Imam Bukhari meriwayatkan dari Yahya bin Bukair. (Lihat: Fathul Bari 8/145 dan Dala'il An-Nubuwah 7/216)
Ibnu Katsir Rahimahullah berkata: "Pada hari kewafatan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, pada pagi tersebut Abu Bakar menjadi Imam kepada kaum Muslimin dalam solat subuh. Pada waktu itu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam telah bangun dari sakitnya serta sempat menjenguk kaum Muslimin dengan menyingkap tirai pembatas rumahnya dengan masjid. Katika Rasulullah memandang kaum Muslimin yang solat bersaf-saf di belakang Abu Bakar As-Siddiq, baginda berasa senang dan tersenyum sehingga menyebabkan kaum Muslimin hampir-hampir meninggalkan solat mereka disebabkan rasa gembira melihat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam telah pulih, dan hampir-hampir Abu Bakar mundur demi melihat Rasulullah Shallallahu 'Alahi Wasallam, namun baginda memberi isyarat kepada mereka semua agar tetap di tempat masing-masing melanjutkan solat kemudian baginda pun menutup tirai rumahnya.
Itulah merupakan hari terakhir perjumpaan mereka dengan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Pada waktu tengahari hari Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam pun wafat dan ada yang mengatakan baginda wafat sebelum matahari tergelincir. Wallahua'lam."
Demikianlah kisah di atas secara ringkas yang dapat saya bawakan di sini. Fikirkanlah baik-baik! Jika Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam sendiri pun tidak mampu untuk hidup buat kali keduanya, maka apakah ada dikalangan manusia yang lebih rendah kedudukannya daripada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam yang layak untuk mendapatkan kelebihan untuk hidup buat kali keduanya? Sama-samalah kita mengambil pengajaran daripada kisah ini. Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment